Tampilkan postingan dengan label Teknologi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Teknologi. Tampilkan semua postingan

Jumat, 18 Maret 2016

Memajang Foto dan Berkeluh Kesah di Media Sosial


Bagi muslimah yang aktif di media sosial, mungkin kita pernah menemukan akun akhwat atau ummahat yang pada zhahirnya mereka di atas kebaikan dan keistiqomahan namun suka memasang foto anak mereka walau setengah badan (tanpa kepala) dan juga senang mengeluh ketika sedih atau kesal serta menceritakan kegiatan mereka di status WhatsApp, BBM maupun Facebook? Bagaimana tanggapan mengenai hal ini? Berikut pendapat dari Ustadzah Ummu Abdillah Zainab hafizhahallah yang dikutip dari grup Faedah Tanya Jawab Nisaa` As-Sunnah.

�

Bismillah.
Kalau ada ummahat yang masih memasang foto siapapun apalagi anaknya, meskipun dipotong sana sini, ana tidak sependapat kalau dia dikatakan istiqomah, apalagi batinnya.

Karena bukankah foto larangannya keras? Juga apakah dia tidak takut anaknya terkena penyakit �ain yang tidak ada obatnya ?!

Senang mengeluh dan curhat di status sosial facebook dll?!

Bukankah itu kebiasaan orang AWAM yang tidak berilmu yang patut kita kasihani kekosongan jiwanya dari ilmu, kegersangan qalbunya dari iman?!

Apakah pantas hal itu dilakukan oleh seorang thalibul ilmi yang sibuk memenuhi jiwanya dengan nur ilmu, terang benderang mata hatinya dengan ma�rifatullah (mengenal Allah.)?

Maka cukup HANYA kepada Allah tempat curhat dan mengeluh. Adakah makhluk yang bisa menolong kita dari segala musykilah hidup, sebaik dan sesempurna pertolongan Allah ?!

Kalau belum yakin itu, dan masih curhat lewat facebook dll, artinya dia masih kurang ilmunya, apalagi dikatakan istiqomah. Jauuuh dari istiqomah.

Nasehat ana , hendaklah terus semangat thalibul ilmi sampai mengenal Allah dengan haq, maka kelak hidup menjadi bahagia, hati menjadi tenang, kesulitan hidup berlalu seperti angin lewat begitu saja. Sehingga tidak perlu lagi sedih, mengeluh, kecuali hanya kepada Allah sebaik baik Penolong. Barakallahu fiik �

Demikianlah pendapat terkait memajang foto dan berkeluh kesah di media sosial menurut Ustadzah Ummu Abdillah Zainab hafizhahallah. Jika ada pendapat ulama yang berbeda terkait hal ini, maka perbedaan itu adalah bagian dari proses ijtihad guna menggali keluasan ilmu Allah. Selama semua pendapat memiliki dalil yang bersumber pada Al Qur�an dan Sunnah, tidak ada alasan bagi kita untuk tidak mengamalkannya. Semoga Allah senantiasa memberikan petunjuknya untuk kita meniti kehidupan di atas jalan yang diridhoinya. Wallahu�alam.

(fauziya/muslimahzone.com)

Jumat, 19 Februari 2016

Bagaimana Facebook Meracuni Hati & Membaja Ego Kita? (Tanpa Sedar)



Facebook seperti sebilah pisau yang tajam.

Pisau yang tajam memudahkan kita menyediakan makanan dan pada masa yang sama boleh digunakan untuk mencederakan dan membunuh orang lain.

Begitu juga dengan Facebook.

Sedar tidak sedar, facebook telah membuka ruang untuk menternak dan membaja �ego� manusia.

Dan pada masa yang sama, aplikasi ini juga boleh berfungsi dengan baik sebagai medium untuk menyebarkan kebaikan.

Jadi apa sebenarnya yang ingin saya sampaikan?

Kita hidup di dalam dunia yang masyarakatnya obses dengan diri sendiri. Tidak percaya?

Facebook adalah antara aplikasi yang paling berpengaruh dan berjaya jika dilihat dari sudut bilangan penggunanya.

Sungguh, didalam setiap daripada kita wujud sesuatu yang diberi nama ego. Ego ini akan sentiasa berada dalam diri kita, cumanya kita mesti pandai menjaganya dan wajib diikat serta dipendam dengan sedalam-dalamnya.

Apa yang merunsingkan apabila seseorang itu mula membaja egonya, tanpa dia sendiri sedari.

Ego ini akan mekar subur didalam hati sehingga akhirnya ia akan menjadi kuat. Dan malangnya, selepas itu ego ini akan mengawal kita hingga merajai seluruh jiwa raga kita.

Akibatnya, kita yang sepatutnya hanya memperhambakan diri kepada Allah SWT kini menjadi hamba pula kepada diri kita sendiri.

Apakah itu ego sebenarnya?

Ego merupakan sejenis nafsu didalam diri kita yang gemarkan kuasa.

Ego ini bertanggungjawab membuatkan kita suka dan selesa dipandang, diiktiraf, dipuji dan juga diminati oleh orang lain.

Fungsi facebook yang membolehkan kita berkongsi dengan satu dunia apa yang kita fikirkan, apa yang kita kata, apa yang kita makan, setiap lintasan fikiran, setiap pendapat untuk di�like� oleh kawan-kawan kita di laman facebook.

Percaya atau tidak, saya juga tidak terkecuali daripada permasalahan ini.

Walaupun saya sedar bahawa semua ini hanya kekal di dalam dunia siber, saya mula tagihkan �Like� yang dapat.

Kehidupan saya bagai bersulam dengan realiti yang dunia siber tawarkan.




Tiba-tiba, tanpa saya sedar, setiap apa yang saya fikirkan, apa yang saya perhatikan, yang saya mahu lakukan akan mengakar umbikan kepada �baik aku muat naik atau kongsikan di dalam facebook..�

Sama seperti di muzium, kerana setiap perkara yang berlaku didalam hidup kita akan diperhati dan dinilai saban waktu.

Segala-galanya boleh dimuat naik di Facebook. Sesiapa sahaja boleh melihatnya dan boleh like atau memberi komen mengenai perkara yang kita muatkan.

Apa yang menggusarkan ialah, ia akan melahirkan dan menjinakkan �rasa pentingnya� diri saya ini.

Rasa ini tidak sepatutnya ada!

Sekecil-kecil perbuatan saya ataupun tindakan saya akan dibesar-besarkan menjadi masalah dunia kerana rasa �penting� yang telah dibaja subur melaluinya.

Rasa gembira andai dilihat orang lain!

Kita akan berasa segala tentang kita adalah penting. Seluruh dunia mesti memerhatikan apa yang kita update!
Kita selalu update gambar kebahagiaan kita bersama suami, seperti macam kita sahaja yang berkahwin.
Kita selalu mengeluh di facebook, seperti kita sahaja yang ada masalah.
Kita mengutuk dan mencaci orang lain di facebook, seperti diri kita ini sempurna dan tiada kekurangan.

Maka secara tidak sedar kita telah mengangkat dunia ini lebih daripada apa yang sepatutnya.

Dunia facebook telah berjaya menyebarkan dan mengembangkan sebuah ilusi yang ternyata mengembangkan ego kita.

Ia membuatkan kita semua percaya bahawa diri kita sangat penting dan setiap apa yang kita lakukan, saya perlu pamerkannya di dinding (facebook wall).

Setiap sarapan, setiap perjalanan beli belah di kedai runcit, setiap rasa kecewa dan patah hati, semuanya ibarat berita hangat yang sangat perlu kita muat naik di halaman facebook.

Apa yang menarik di sini, pasti semua diantara kita disini berasa penting untuk memuat naik gambar milik kita kemudian kita tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti like serta komen dari orang lain.

Betul atau tidak? Sila jujur dengan diri anda..

Mengapa kita sanggup membiarkan kehidupan kita dipamerkan dan dinilaikan?

Tiba-tiba sahaja entah bagaimana kecantikan dan ketampanan fizikal kita bagai boleh dikira malah dinomborkan oleh setiap orang yang melihat.

Tidak cukup dengan itu, digit-digit ini bagaikan bertanding pula kelihatannya.

Pertandingan yang pemenangnya ditentukan oleh siapa yang ada paling ramai kawan.

Ironinya, walaupun kawan facebook ini kadangkala mencecah sehingga ribuan orang, namun 80% daripadanya kita tidak benar-benar mengenali siapa mereka.

Obsesi dan rasa pertandingan yang mendorong kita turut serta ini telah Allah SWT terangkan dalam firmanNya:

�Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh)�

� Surah At Takaathur (102:1).

Tidak kiralah pertandingan mana yang kita sertai, berlumba-lumba mengumpul harta, mengejar pangkat darjat, ataupun bilangan kiraan like di facebook, kesemuanya akan berakhir dengan satu perkara.

Iaitu kita akan menjadi sangat asyik dengannya.

Sesungguhnya, hal ini sangat bertentangan dengan realiti kehidupan kita sebagai hambaNya. Tujuan hidup kita tidak lain tidak bukan hanyalah untuk tunduk patuh kepadaNya dan menjadi hambaNya yang beriman.

Kita perlu sedar dan yakin penuh bahawa Allah itu Maha Agung dan diri kita ini hanyalah hambaNya yang lemah dan tidak berdaya.

Kita sepatutnya mematahkan ego dan menarik keluar seluruh diri kita di dalam apa juga perkara yang kita lakukan dan kita pasakkan kepada Allah SWT dan hanya kepadaNya semata-mata.

Kita akan mula menilai orang lain, walaupun kita menafikannya..

Selain daripada berkaitan dengan ego, Facebook juga platform untuk kita menilai bukan sahaja diri kita, malah menilai orang lain juga.

Tanpa sedar, kita akan fokus kepada orang lain.

Kita akan mula menjadi seorang yang judmental. Kita mula menutup jalan kebahagiaan.

Kita akan mula mahu tahu apa yang mereka lakukan, apa yang mereka suka dan mungkin juga pandangan mereka terhadap kita.

Pernah dengar istilah �stalker?�

Kemudian, hari demi hari makin kita lebih khusyuk dan asyik dengan aplikasi ini hingga kita lemas di dalamnya. Bagaimana ia terjadi?

Di dalam dunianya yang penuh dengan puji dan puja, pandangan itu ini serta juri dan hakim yang tidak berbayar. Kita membiarkan diri kita lemas dalam mahkamah makhluk-makhluk ciptaanNya.

Lalu setiap satu kejayaan, kegagalan, jatuh bangun, gelak ketawa dan senyum riang diri kita didefinisikan oleh mereka yang kita panggil �kawan� di facebook.

Setiap apa yang berlaku, semuanya yang ada dalam dunia maya itu akan kita gunakan untuk mendefinisikan diri kita.
Kita tidak sedar, ini sebenarnya adalah penjara!

Ia menjadi penjara kerana saya sudah berikan kunci kegembiraan, kebahagiaan, kesedihan, kepuasan dan kekecewaan saya kepada orang lain untuk dia simpan dan genggam erat.

Apabila seseorang manusia itu bergelumang didalam ruang lingkup manusiawi, setiap satu perkara yang berlaku akan dinilai dari sudut pandangan manusia lain.

Tetapi, andai kita melangkah keluar daripada ruang itu dan membiarkan diri kita lepas bebas dan bersama dengan Allah SWT, kita sudah pasti mendambakan keredhaanNya sahaja serta ganjaran yang setimpal dariNya.

Berbeza dengan mereka yang berada dalam dunia yang menagihkan kritik dan pujian manusia.

Seseorang itu akan hilang dirinya sedikit demi sedikit selepas dia salutkan dirinya dengan kata-kata yang orang lain tempikkan kepadanya.

Sebagai contoh, bayangkan permainan Monopoly.

Permainan ini memerlukan kita melaburkan �wang� kita bagi membeli hartanah dan terasa kaya seketika.

Wang monopoly kita beribu-ribu malah mencecah juta. Tetapi, tanya pada diri kita, apakah barang yang boleh kita beli dengan menggunakan wang monopoly? Nampak bezanya?

Sekarang kita sedar bahawa nilai puji, puja dan kritikan yang manusia berikan itu sama sahaja dengan matawang Monopoly.

Wang monopoly yang berjuta-juta itu, saat kita berhenti bermain, ia hanyalah sekeping wang kertas berwarna yang langsung tiada nilai.

Namun sayang seribu kali sayang, kita masih lagi menggunakan �wang monopoly� ini sebagai sesuatu yang sangat bernilai di dalam hidup yang terkadang mendefinisikan hidup diri kita.

Bayangkan, semakin dalam kita melemaskan diri dalam dunia puji kritik yang dicipta oleh manusia ini, kita akan semakin lemah dimamah indahnya pujian dan perhatian manusia.

Lantas, kita akan menjadi gundah gulana apabila berdepan dengan kehilangan.

Kehilangan apa?

Kehilangan perhatian, puji-pujian, status dan segala apa bentuk pengiktirafan yag boleh manusia beri di laman facebook.

Satu realiti yang menyedihkan..

..mereka akan berduka cita sekiranya manusia lain tidak memberi perhatian kepadanya. Sekali gus, dia telahpun menjadi hamba mereka.

Hamba kepada perhatian dan puji-pujian mereka.

Ternyata, kebebasan yang sebenar ialah apabila kita putuskan segala rantai yang ada, yang sedang membelenggu kita, yang merembes rasa takut, gusar, kecewa, dukacita dan semua yang serasa dengannya kepada hanya satu.

Iaitu Allah, Tuhan semesta alam.

Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki dan berkata,

�Ya Rasulullah, beritahulah kepadaku satu perbuatan yang andai aku lakukan, Tuhan akan menyayangiku dan orang lain juga akan menyayangiku�

Lalu Rasulullah menjawab,

�Bebaskan diri kamu daripada dunia dan Tuhan akan menyayangimu, bebaskan diri kamu dari rangkulan maknusiawi dan mereka akan menyayangimu.� (Ibnu Majah)

Hadis ini jelas menerangkan perihal sesuatu yang amat benar.

Hanya dengan kita merungkai belenggu dunia dan setiap apa yang ada padanya, kita akan mengecap redha Ilahi.

Faham dan sedarlah bahawa semakin kita lupakan segenap pengiktirafan dan kecintaan manusia, kita akan lebih tenang.

Sekiranya kita tidak terlalu mengharapkan perhatian �kawan� kita, ketahuilah bahawa ada ramai orang diluar sana yang ingin bersahabat dengan kita, bukan hanya di dalam dunia maya bila mana hanya jejari menari suka sendiri.


Penutup: waspada dengan segala tindakan kita

Facebook, tidak dapat kita nafikan kebaikannya yang sangat banyak.

Apa yang penting ialah bagaimana kita memanfaatkan aplikasi ini demi kemaslahatan diri kita agar lebih dekat dengan-Nya.

Bukan sebagai medium untuk kita hambakan diri segenap puji-pujian, caci maki yang orang disekeliling berikan kepada kita.

Hapuskan kontroversi, tingkatkan prestasi dan kejarlah cintaNya!

�

Dari; akuislam

Sabtu, 12 Desember 2015

Menlu Israel Mendatangi Perusahaan Google Dan Youtube Untuk Membicarakan Sensor Atas Video Kekerasan Di Palestina


Wakil Menteri Luar Negeri otoritas Zionis �Israel�, Tzipi Hotovely, telah bertemu dengan perwakilan dari YouTube dan Google untuk membahas cara-cara untuk bekerja sama dalam apa yang dia klaim sebagai perang terhadap �terorisme dan menghasut kekerasan�.

Surat kabar �Israel� Maariv melaporkan bahwa Hotovely setuju untuk bekerja dengan Google dan YouTube untuk membentuk mekanisme kerja bersama untuk memantau dan mencegah publikasi materi yang �menghasut� yang berasal dari wilayah Palestina, lansir MEMO pada Rabu (25/11/2015).

Sejak eskalasi terbaru dari kekerasan antara warga Palestina dan �Israel� yang meletus awal Oktober, banyak orang yang telah menyebarkan video yang menggambarkan agresi �Israel� terhadap warga Palestina. Harian Arab yang berbasis di London, Al-Araby Al-Jadeed telah menyatakan keprihatinan bahwa pertemuan tersebut menyarankan untuk membuat langkah menuju sensor materi yang akan disebarkan oleh warga Palestina di wilayah yang diduduki.

Sumber : arrahmah.com

WOW... Kelompok peretas Anonymous nyatakan perang terhadap Donald Trump


Keompok Hacktivist Anonymous telah menyatakan perang terhadap calon presiden AS Donald Trump setelah ia mengeluarkan pernyataan yang mengatakan bahwa ia akan melarang semua Muslim memasuki AS.

Sebagaimana dilansir oleh Middle East Eye, Jum�at (11/12/2015), dalam video yang diposting di YouTube, kelompok itu mengatakan bahwa ini adalah sebagai peringatan kepada Donald Trump untuk mengakhiri retorika anti-Muslimnya.

�Kebijakan ini akan memiliki dampak besar,� orang tak dikenal dalam video mengatakan dengan suara berat efek komputerisasi yang dilakukan untuk melindungi identitas mereka.

Akun media sosial yang terkait dengan Anonymous, memposting foto yang menunjukkan para peretas sedang mencoba membebani situs Trump Tower dengan mengirimkan sejumlah besar permintaan. Beberapa laporan media menunjukkan situs itu mengalami down selama sekitar satu jam.

Anonymous menggunakan hashtag #OpTrump untuk mempromosikan kampanye anti-Trump secara online.

Tidak jelas apa atau bagaimana tindakan lebih lanjut yang akan diambil oleh Anonymous, meskipun ini bukan pertama kalinya mereka menargetkan situs milik konglomerat yang saat ini menjadi pelopor dalam pemilihan Presiden AS dari Partai Republik.

Pada bulan Agustus, kelompok peretas Anonymous juga membobol website milik perusahaan Donald Trump, dan meninggalkan pesan yang berisi ucapan terimakasih kepada pembawa acara The Daily Show Jon Stewart di halaman situs yang dirusak.

�Mr Stewart, kami diTelecomixCanada ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas kualitas jurnalisme dan hiburan Anda selama bertahun-tahun dan tim Anda telah melakukannya di Comedy Central,� kata pesan itu di situs Trump.

-Sumber : arrahmah.com