Sabtu, 07 Mei 2016

Tolong Jangan Salah Sangka


Kebanyakkan manusia selalu tersalah sangka dengan maksud sebenar kehidupan.Penulis hanya menulis dengan mengulangi kembali petikan ceramah dari Dr Maza.Sebagai kebenarannya,jangan tersalah sangka tentang maksud ketenangan di dalam hidup.
Mari kita ikuti petikan ceramah dari Dr.Maza :
Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta,kemewahan mahupunkekayaan.Namun harus diingat walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukanlahsegala-galanya.Cuba direnungkan dengan sebaiknya betapa sebahagian orang yang duduk di dalam rumah yang besar dan tidur di atas katil yang empuk barangkali tidurnya tidaklah senyenyak jika dibandingkan pada sebahagian orang yang hanya tidur di dalam pondok buruk dan juga semisal dengannya.
Tambahan pula,bila direnungi lagi betapa ramai orang yang terdiri di hadapannya berbagai hidangan lauk-pauk yang hebat dan banyak untuk dimakan.Barangkali lidahnya itu tidaklah seenak untuk dibandingkan dengan sebahagian orang yang hanya makan dengan satu atau dua mata lauk.
Inilah hakikatnya,selalu orang akan menyangka tentulah seseorang itu akan bahagia jika dia mempunyai segala harta,kemewahan dan pangkat.Sebagai buktinya belum tentu ketenangan dan kebahagian itu miliknya.Harus diingatkan,saya berkata ini bukanlah untuk menggalakkan kita menjadi miskin atau hina tetapi untuk dilihat bagaimana Allah yang maha adil itu membahagi-bahagikan nikmat kepada setiap hamba-hambanya.
Walaupun seseorang itu dilihat kurang dari segi harta dan kekayaan yang dimilikinya tetapi Allah dengan kemuliaanNya melebihkan dia dengan ketenangan dan kebahagiaan di dalam hidupnya bahkan begitu juga dengan para nabi.Walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa kemewahan dan kekayaan di dalam hidup ini,tetapi mereka menggenggam kebahagiaan,ketenangan ataupun sakinah itu lebih dari sebahagian hidup insan yang lain yang punyai kekayaan serta kemewahan.
Jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang,ia tidak dapat dihalang oleh beribu tangan dihadapannya dan jika Allah ingin menyekat kebahagiaan seseorang ia tidak dapat dihulurkan oleh apa-apa tangan sekalipun.Kata Hamka di dalam tulisannya �LIHATLAH BAGAIMANA ALLAH MEMBAHAGI-BAHAGIKAN NIKMATNYA�. janganlah berasa sedih pada kehidupan yang kita miliki ini,renungilah dan hayatilah pada apa yang sudah kita miliki kerana apa yang telah kita miliki ini sebenarnya sudah harapan Allah pada diri kita .
Sebagai hakikatnya manusia selalu ingin bersyukur apabila diberi benda baru di dalam kehidupannya,sebenarnya tidak salah tetapi perlu diingat janganlah sampai terlupa untuk bersyukur pada apa yang telah kita miliki.Sebagai contoh,seorang hamba Allah yang tidak pernah pun bersyukur dengan nikmat mata atau nikmat lain yang diberikan Allah kepadanya,pada suatu hari Allah takdirkan dia kemalangan hingga menyebabkan  matanya buta.Pada kejadian itulah menyebabkan dia lebih memahami  tentang nikmat mata yang telah dikurniakan Allah kepadanya dan merayu supaya Allah memulangkan semula matanya.
Barangkali Allah sudahpun memberikan beratus nikmatnya kepada kita pada hari ini dan boleh jadi kita baru sempat untuk melafazkan rasa syukur itu baru sebanyak satu kali.Insan jika dia ingin menghitung nikmatNYA menyebabkan dia tidak mampu walaupun untuk membilang dengan jari-jemarinya
�Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.� (QS An Nahl [16]: 18)
�Jika engkau bersyukur, maka akan kutambahkan (nikmat-Ku), dan jika engkau kufur (ingkar) sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.�(Ibrahim :7)
Sebahagian para sarjana mentafsirkan kadang-kala syukur itu lebih tinggi makamnya dari sabar,ramai insan jika dia diuji dia mampu bersabar tetapi untuk melahirkan insan yang bersyukur pada segala nikmat yang telah Allah berikan padanya barangkali sedikit sekali jumlah bilangannya
�sedikit sekali di antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur� (QS Saba� [34] : 13)

Jumat, 06 Mei 2016

Subhanallah! Inilah Petanda Apabila Kucing Datang Kepada Kita


Disini kami dapat berikan 3 tanda apabila kucing datang kepada kita. Mungkin banyak lagi petanda lain, tetapi inilah yang dapat kami huraikan disini. Antara petanda-petanda tersebut ialah:

1. Contohnya apabila kita sedang makan, terdapat seekor kucing datang kepada kita. Sebenarnya Allah memberi �hint� kepada kita yang makanan kita itu bukan semuanya hak kita, sebaliknya terdapat sebahagian daripada makanan itu ialah rezeki kucing itu. Kerana itulah kucing tersebut datang kepada kita.

2. Anda semua mungkin tahu, apabila kita membuat 1 kebaikan, Allah akan membalasnya dengan 10 kebaikan kepada kita. Apabila kita memberi makan kepada kucing tersebut, Allah akan memperluaskan lagi rezeki kita dengan cara yang tidak disangka-sangka.

3. Jika kita enggan memberi makanan kepada kucing tersebut, sebenarnya kita sedang menolak rezeki lain yang Allah ingin berikan kepada kita. Maksud rezeki ini ialah luas, bukannya wang semata-mata tetapi meliputi semua aspek kehidupan kita.

Jadi, marilah kita sama-sama kongsikan rezeki kita bersama makhluk-makhluknya yang lain. Semoga rezeki kita diperluaskan olehNya. InsyaAllah.

sumber http://myislam.my/

Kamis, 05 Mei 2016

Rezeki Allah Itu Luas


Dikurniakan tubuh badan yang sihat oleh Allah Taala adalah satu nikmat kepada manusia. Dengan nikmat tubuh badan yang sihat ini, kita mampu bekerja mencari rezeki, beriadah bersama keluarga, melakukan pelbagai aktiviti kegemaran dan macam-macam lagi.

Berusaha dengan tulang empat kerat untuk mencari rezeki yang halal dan diredhai Allah memang menjadi kewajipan kita sebagai seorang muslim yang bertakwa. Allah SWT menyeru kita agar bertebaran di muka bumi untuk mencari rezeki sebaik sahaja selesai menunaikan kewajipan dan tuntutan kepadaNya.

Firman Allah SWT: �Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).� (Surah al-Jumu�ah, ayat 10) .

Rezeki Allah itu luas�

Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati. Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi.  Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas. Berusahalah dengan jalan sabar, tekun, bertanggungjawab dan bertawakkal kepada Allah. Kadang-kadang kita hanya pandai merungut dan meminta-minta, sedangkan kita belum cukup berusaha. Berusaha dan berdoalah, pasti Allah akan membantu kita. Namun seringkali kita berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi kehidupan seharian dirasakan tiada perubahan dan makin terhimpit. Berbaik sangkalah dengan Allah, kerana Allah pasti akan memakbulkan doa kita. Mungkin hanya masa yang menentukan, sama ada lambat atau cepat. Ada kala Allah tidak memberi seperti apa yang kita minta kerana Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik kepada kita.

rezeki allah luas

Rezeki Allah itu luas�

Rezeki bukan hanya dalam bentuk harta dan wang ringgit. Dianugerahkan dengan anak yang ramai juga merupakan rezeki daripada Allah. Ada sesetengah daripada kita tidak dikurniakan cahaya mata walaupun telah lama mendirikan rumahtangga. Beribu-ribu wang dihabiskan, berpuluh pakar ditemui, pelbagai kaedah digunakan tetapi masih belum berhasil. Bersyukurlah dengan nikmat dan rezeki Allah ini kepada yang telah memiliki anak. Kepada yang tiada rezeki anak, mungkin diberikan mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yang liar. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Rezeki Allah itu luas�

Jika tiada rezeki wang ringgit dan harta benda, mungkin Allah berikan kita dengan rezeki kesihatan. Maka kita lebih gembira dengan kehidupan kita yang sentiasa sihat dan ceria. Jauh dari kerisauan untuk menjaga harta benda. Apa guna memiliki kekayaan melimpah ruah jika tubuh badan tidak sihat? Pasti tidak gembira kan?

Rezeki Allah itu luas�

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang memberikan masalah. Maka kita lebih bahagia dan gembira dari membayar kerosakan yang mahal.

Rezeki Allah itu luas�

Jika tiada rezeki memiliki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki dalam bentuk makanan yang tak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dan gembira dari si gelandangan.

Rezeki Allah itu luas�

Jika tiada rezeki pasangan hidup yang cantik, mungkin diberikan rezeki dengan pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana mendapat teman yang menyejukkan hati dan kehidupan berkeluarga sentiasa terjaga.

Rezeki Allah itu luas�

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Rezeki Allah itu luas�

Jika tiada rezeki pada hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada keesokkan hari. Maka kita lebih bahagia dan gembira kerana memperolehi rezeki yang tidak dijangka.

Rezeki Allah itu luas�

Bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa dan bertawakal. Hanya Dia Allah yang maha adil lagi maha memberi.

Rabu, 04 Mei 2016

ILMU BUKAN PADA POINTER CGPA

GRED/CGPA VS ILMU
Atas faktor keadaan sekeliling yang mendesak saya untuk berasa terpanggil bagi menyimpulkan pemerhatian saya sejurus tampil mencoretkan penulisan ini buat tatapan semua sahabat-sahabat tentang suatu tajuk yang sangat dikhususkan buat para pelajar.Ini bukan fakta dari mana-mana profesor yang bertauliah. Ini cuma sedikit pendapat peribadi tulus dari hati saya sendiri. Kerana saya juga adalah seorang pelajar.Mungkin apa yang saya terlihat di sudut hati saya, barangkali ia dapat dijadikan sedikit pandangan yang boleh kita renungkan.
Kenapa masih ramai yang mengadu susah untuk lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan, susah menerima ilmu ketika di dalam kelas, tidak dapat menjawab soalan peperiksaan akhir dengan baik? Adakah guru yang ditugaskan mengajar kita ketika itu tidak terlalu cemerlang buat mendidik kita sebagai manusia yang berilmu?
Hidup ini, selain daripada menghabiskan masa tidur dan mengisi perut, kita diciptakan oleh Allah Ta�ala dengan tujuan mencari dan terus mengali di mana kedudukan ilmu itu berada. Kenapa kita perlu hidup untuk belajar?Ramai yang mungkin akan berkata untuk mendapatkan ilmu.Persoalannya  adakah demi mendapatkan ilmu atau sijil,kerja,gred peperiksaan yang baik dan lain-lain?
Lantas bila ditanya hampir kesemua jawapannya menghampiri persamaan tetapi cara dipraktik barangkali akan ada bezanya.Ilmu adalah sesuatu sangat bernilai jika hendak dibandingkan dengan emas atau perak sekalipun. Dengan ilmulah seseorang yang digelar bodoh bertukar menjadi seorang yang bijak,seseorang yang dianggap hina berubah menjadi mulia juga yang tidak mengerti mampu memahami.Ilmu akan meninggikan darjat seseorang :

Firman Allah s.w.t : � Allah akan meninggikan darjat orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat .Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan . � ( Al-Mujadalah : 11 )

Allah s.w.t berfirman : Katakanlah Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? �Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. ( aZ-zumar : 9 )

Sebaliknya,realiti yang berlaku dikalangan para pelajar zaman kini adalah sesuatu yang sangat berbeza dari tuntas tuntutan.Ini kerana ramai pelajar yang menjadikan ilmu sesuatu yang telah diremehkan disebabkan mereka lebih mengutamakan GRED/CGPA peperiksaaan mereka berbanding kefahaman sesebuah ilmu.Walaupun GRED/CGPA itu sesuatu yang patut dianggap penting tetapi itu bukanlah alat untuk mengukur tahap kepandaian seseorang.
Adakah erti kejayaan ditafsirkan dengan pelajar yang tinggi GRED/CGPA sebaliknya kosong ilmu kefahamannya.Seringkali kita tanamkan sifat taksub kita pada harta kekayaan sehingga membuatkan kita lupa di mana titik punca yang seharusnya kita mulakan di dalam erti hakikat sebenar menuntut ilmu. Erti kejayaan yang kita lihat tidak akan menjadi realiti sekiranya kita terlupa dan terleka untuk terus belajar mendapatkan ilmu demi sebuah kefahaman yang patut dihayati serta disusuli dengan cara mempraktikkannya.
Ilmu akan kekal di atas amalan yang berterusan,Lihatlah pada hari ini,setiap pelajar kini sibuk berlumba-lumba mengejar kejayaan untuk lulus dengan jayanya demi mendapatkan sehelai kertas yang bernama sijil kelulusan sehingga sanggup menipu dan meniru di dalam peperiksaan demi kerjaya makan gajinya,rumah dan kereta besarnya disebalik kontang ilmu kefahaman,idea,nilai dan cara fikir dalam memajukan dirinya dan umat .Siapa yang paling bijak menghafal,meniru dan menipu sebelum dan semasa peperiksaan bakal dijanjikan denganGRED/CGPA yang baik.
Apa yang ada pada kelulusan jika kita gagal mengemudi arah tujunya apabila tamat pembelajaran kelak.Belajar memang merupakan tuntutan agama kita. Atas nama tuntutan juga lah jangan kita jadikan ianya diari hidup sebagai melepaskan batuk di tangga. aku sudah belajar, jadi aku serah sepenuhnya pada takdir illahi. Belajar untuk sehelai diploma atau ijazah mungkin boleh kita tempelkan di atas resume ketika memohon pekerjaan. Tapi sampai bila ianya akan berguna untuk diri kita sendiri secara berterusan.
Adakah dengan nilai GRED/CGPA yang tinggi cemerlang itu sudah menjaminkan kejayaan hidup kita dan adakah mereka yang gagal itu sudah di takdirkan hidup di dalam kesusahan.Maka tidak hiranlah jika ada juga yang membunuh diri tatkala gagal di dalam peperiksaan.Jika di tanya bagaimana teknik belajar yang cemerlang, jawapannya mudah sahaja. Sebelum anda memikirkan soal lulus dan gagal, ketahuilah dahulu mengapa anda perlu menjadi seorang pelajar.
�Nilai sekeping kertas bernama sijil akan terhapus jika tercampak di dalam longgokan api, sebaliknya ilmu lebih menjaminkan kesederhanaan jika kita tahu menjiwainya�Hidup atas ilmu bermaksud menjalaninya semata-mata atas jihad kepada Allah.Disini ada juga segelintir golongan agamawan yang menyempitkan keluasan ilmu Islam dalam mempelajari sesuatu ilmu dengan menyatakan fisabilillah itu hanyalah pelajar yang belajar dalam bidang agama seperti usuludin,syariah,tahfiz dll sebaliknya menyatakan pelajar yang bukan daripada bidang tersebut tidak fisabilillah sehingga ada juga yang lebih sempit menyatakan itu adalah ilmu sekular dan barat.Jikalau sakitnya mereka doktorlah juga tempatnya dll.
Secara hakikatnya,itu adalah pendapat yang sangat salah dan barangkali akan menjerumuskan kepada kejatuhan umat Islam.Saya sepenuhnya bersetuju,memang bidang agama patut diiktirafkan dan setiap Muslim wajib mempelajarinya serta ia tidak hanya merujuk kepada pelajar yang mempelajarinya sahaja bahkan keseluruhan Muslim tidak kira apa sahaja bidang seseorang itu kerana ilmu agama adalah asas yang patut ada pada setiap pelajar Muslim dalam mencorakkan nilai kebaikan individu yang terdapat pada seseorang.
Islam bukan kekurangan para pelajar agamawan tetapi kurangnya ilmuwan,cendiakawan,golongan bijak pandai,saintis,intelektual dan pakar-pakar dalam bidang tertentu yang soleh dan memenuhi ciri seorang Muslim demi memajukan umat Islam.
�Dan tidaklah sepatutnya bagi orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); mengapa tidak, sekelompok daripada tiap-tiap puak (kabilah) antara mereka memperdalami ilmu agama, dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah) �(Surah At-Taubat: 122)
Maka,bagaimana akan hadir semua golongan  ini jika pelajar hanya lebih mengutamakanGRED/CGPA sebagai penentu hidup sebaliknya mengetepikan peranan ilmu secara hakikat.Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk berjihad atas dasar Agama,Bangsa atau apa-apa sahaja berbanding daripada kita belajar tanpa mempunyai kefahaman yang jitu terhadap sesuatu ilmu, belajar sekadar mahu lulus peperiksaan sahaja. Adakah itu berhak untuk dikatakan sebagai seorang pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat?
sumber https://diskusitajdid.wordpress.com

Selasa, 03 Mei 2016

El Nino � Buruk Untuk Kita, Baik Untuk Orang Lain?

cuaca panas

Boleh saya tahu di mana anda tinggal? Tempat tinggal saya di Shah Alam hari-hari panas terik. Sudah agak lama hujan tidak turun. Bahang panas cukup terasa sejak beberapa minggu yang lalu lagi. Dan saya cukup terkesan dengan cuaca panas ini.

Seawal pukul 11 pagi dah mula terasa bahang panasnya. Kipas selalu full blast. Mandi pun agak kerap. Sebab badan terasa tak selesa. Bila dapat mandi, terasa segar sikit. Pokok yang saya tanam dalam pasu, kalau tak disiram sehari, dah macam nak mati pokok tu. At least kena siram 2 kali sehari. Kalau dulu, sehari sekali pun dah ok. Tempat anda bagaimana?

�Bestnya kalau hujan� sejuk sikit.�

Kekadang terkeluar juga dari mulut. Bila difikir balik, beristighfar panjang saya. Segala yang terjadi adalah dengan ketentuan Allah. Ada kebaikan yang Allah nak tunjukkan kepada hamba-hambanya yang berfikir. Allah yang tentukan hujan di tempat yang Dia kehendaki. Dan Allah jualah yang tentukan panas terik di tempat yang Dia kehendaki. Yakinlah cuaca panas yang melanda kita sekarang ini dan El-Nino yang bakal kita hadapi nanti ada hikmahnya jika kita lihat dari sudut yang positif.

Buruk untuk kita, baik untuk orang lain.

Saya kekadang mengeluh dengan cuaca panas ini. Tetapi saya semakin sedar, kadang-kadang buruk untuk kita, tidak semestinya buruk untuk orang lain. Ada kalanya, apa yang kita rasa buruk, sebenarnya cukup baik untuk orang lain. Seperti cuaca panas terik ini, bagi saya mungkin tak berapa selesa dengan bahang panas seharian. Tetapi bagi peniaga-peniaga terutamanya yang menjual air, mereka sangat bersyukur dengan cuaca panas ini. Dengan cuaca panas inilah yang menyebabkan orang ramai terasa haus dan ingin membeli air minuman daripada mereka. Tidak hairanlah jika keuntungan menjual air menjadi berlipat kali ganda ketika musim panas ini.

Peniaga-peniaga lain juga turut gembira dengan cuaca panas ini. Bayangkan peniaga-peniaga pasar malam atau penjaja di tepi jalan jika hari hujan. Selalunya jualan mereka akan merosot. Dengan cuaca baik, panas seharian dan tidak hujan ini seolah-oleh memberi rezeki lebih untuk mereka.

Pengusaha bisnes cuci kereta juga mendapat manfaat daripada cuaca panas ini. Peratusan orang ramai untuk mencuci kereta ketika cuaca baik dan panas adalah lebih tinggi berbanding hari hujan dan musim tengkujuh. Ini kerana membasuh kereta ketika cuaca baik (panas) adalah lebih tinggi value for money kepada pengguna. Kekadang basuh 2 minggu sekali je. Tapi kereta masih bersih dan cantik.

Sekolah atau taska sangat gembira kerana dapat melaksanakan hari sukan dan aktiviti kokurikulum pada cuaca yang baik begini. Bayangkan jika hari hujan, pasti banyak acara yang terpaksa dibatalkan.

Yang mengadakan jamuan rumah terbuka, kenduri kahwin, kenduri kesyukuran atau apa sahaja keraian pasti tersenyum lebar kerana majlis berjalan lancar dan dapat meraikan para tetamu yang hadir. Jika saya sendiri yang menjadi tuan rumah, pasti saya juga akan berdoa kepada Tuhan agar cuaca sentiasa cerah sepanjang hari. Betul kan?

Buruk untuk kita, baik untuk orang lain.

Saya mula belajar sesuatu daripada cuaca panas ini. Harap anda juga begitu. Jika ada sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, cuba cari sesuatu yang positif daripadanya. Pasti kita tidak akan mengeluh lagi. Seperti cuaca panas El-Nino ini, sebenarnya ada juga kebaikan. Ada suatu hari tu saya terlewat mencuci pakaian. Agak banyak juga cucian saya pada hari tu. Saya hanya mula menjemur pakaian saya selepas solat Zuhur. Tetapi alhamdulillah, kerana cuaca panas terik ini, kesemua pakaian saya kering ketika saya kutip pada sebelah lewat petang. Nampak tak? Ada kebaikannya kan?

Begitu juga ketika awal pagi. Jika sebelum ini, setiap kali nak mandi mesti kita menggunakan water heater.  Maklumlah sejuk nak mandi awal pagi. Tetapi tidak lagi sekarang ini. Dengan cuaca yang panas menjadikan air paip di rumah kita seperti sedikit suam. Mandi awal pagi tak ON water heater pun tak apa. Sebab air dah suam-suam camtu. Best kan?

Buruk untuk kita, baik untuk orang lain.

Begitulah jadinya kalau kita memandang sesuatu itu daripada sudut yang positif. Meski pun yang datang kepada kita itu ternyata sesuatu yang buruk. Tidak kisah apa pandangan kita terhadap sesuatu yang buruk itu, kerana apa yang lebih penting adalah  bagaimana kita memandang sesuatu keadaan tersebut. Dan ini yang akan memberikan impak yang lebih baik kepada kita.

Teringat suatu kisah yang diceritakan oleh seorang ustaz suatu masa dahulu di televisyen. Ada sepasang suami isteri yang mempunyai 2 orang anak lelaki. Si suami seorang yang kaki judi dan kaki botol. Kerana tabiat buruk ini, dia selalu memukul si isteri kerana dah lupa tanggungjawabnya. Perbuatan si suami ini diperhatikan oleh 2 orang anak lelaki mereka. Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, akhirnya si suami menemui ajal kerana masalah kesihatan. Tidak lama selepas itu, si isteri juga telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Kini tinggal anak lelaki mereka yang yatim piatu.

Dua anak kecil ini membesar. Kini mereka telah dewasa. Seorang daripadanya menjadi ketua samseng dengan menjalankan aktiviti kongsi gelap. Hidupnya penuh dengan dosa dan noda. Bila ditanya kepadanya mengapa dia menjadi sebegini, dia berkata ini disebabkan pengaruh ayahnya yang dilihat sejak kecil. Semua yang buruk itu telah mempengaruhi hidupnya hingga beliau dewasa.

Manakala seorang lagi membesar menjadi seorang peguam yang berjaya. Bila ditanya mengapa beliau menjadi peguam, katanya ini adalah kerana pengalaman semasa kecil melihat ibu mereka dipukul oleh si ayah. Penganiayaan tanpa belas kasihan ini menyebabkan beliau nekad untuk membantu lebih ramai orang di luar sana daripada terus ditindas dan dianiaya apabila beliau dewasa kelak. Itulah yang menjadi faktor pendorong terkuat hingga beliau berjaya mencapai cita-citanya.

Jika kita lihat daripada kisah ini, dua personaliti berbeza telah wujud kesan daripada pengalaman buruk masa silam yang sama. Di sini jelas menunjukkan bahawa bagaimana seseorang itu memandang masalah yang berlaku di depannya akan mempengaruhi kehidupan untuk masa kini dan masa akan datang. Dalam konteks ini, tak penting apa yang dipandang, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana ianya dipandang.

Maaf jika entri ini terlalu panjang. Semoga kita bersama mendapat manfaat. InsyaAllah.

sumber http://www.wazirmalik.com/

Kamis, 21 April 2016

Kisah Keistimewaan Kucing Dalam Sejarah Islam!


Kucing merupakan salah satu hewan pemeliharaan yang sangat populer di seluruh dunia, termasuk indonesia. Dalam sejarah islam, kucing memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa. Baginda Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyayangi keluarga sendiri.

Salah satu kucing yang dimiliki oleh nabi yaitu Mueeza, kucing ini sungguh sangat luar biasa karena Mueeza selalu mengeong ketika mendengar adzan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Pada abad 13, dalam dunia seni islam rupa kucing dijadikan mata uang sebagai bentuk manifestasi penghargaan masyarakat islam. Sedangkan di dunia sastra, para penyair tak ragu untuk membuat syair bagi kucing peliharaannya yang telah berjasa itu. Dan masih banyak lagi kisah-kisah kucing yang sangat luar biasa dalam beradapab islam. Untuk selengkapnya, silakan langsung saja simak kisah selengkapnya berikut ini :

Kisah Mueeza, Kucing Kesayangan Rasulullah SAW

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.

Dalam aktivitas lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong Mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar adzan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti hewan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.

Tak hanya nabi, istri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadist, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), karena kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Penghormatan Para Tokoh Islam Terhadap Kucing Pasca Wafatnya Nabi SAW

Dalam buku yang berjudul Cats of Cairo dijelaskan pada masa dinasti mamluk, baybars al zahir, seorang sultan yang juga pahlawan garis depan dalam perang salib sengaja membangun taman-taman khusus bagi kucing dan menyediakan berbagai jenis makanan didalamnya.

Tradisi ini telah menjadi adat istiadat di berbagai kota-kota besar negara islam. Hingga saat ini, mulai dari damaskus, istanbul hingga kairo, masih bisa kita jumpai kucing-kucing yang berkeliaran di pojok-pojok masjid tua dengan berbagai macam makanan yang disediakan oleh penduduk setempat.

Pengaruh Kucing Dalam Seni Islam

Pada abad 13, sebagai manifestasi penghargaan masyarakat islam, rupa kucing dijadikan sebagai ukiran cincin para khalifah, termasuk porselen, patung hingga mata uang. Bahkan di dunia sastra, para penyair tak ragu untuk membuat syair bagi kucing peliharaannya yang telah berjasa melindungi buku-buku mereka dari gigitan tikus dan serangga lainnya.

Kisah Kucing Yang Memberi Inspirasi Bagi Para Sufi

Seorang Sufi ternama bernama ibnu bashad yang hidup pada abad ke sepuluh Hijriyah bercerita, suatu saat ia dan sahabat-sahabatnya sedang duduk santai melepas lelah di atas atap masjid kota kairo sambil menikmati makan malam. Ketika seekor kucing melewatinya, Ibnu Bashad memberi sepotong daging kepada kucing itu, namun tak lama kemudian kucing itu balik lagi, setelah memberinya potongan yang ke dua, diam-diam Ibnu Bashad mengikuti kearah kucing itu pergi, hingga akhirnya ia sampai disebuah atap rumah kumuh, dan didapatinya si kucing tadi sedang menyodorkan sepotong daging yang diberikan Ibnu Bashad kepada kucing lain yang buta kedua matanya. Peristiwa ini sangat menyentuh hatinya hingga ia menjadi seorang sufi sampai ajal menjemputnya pada tahun 1067.

Selain itu, kaum sufi juga percaya, bahwa dengkuran nafas kucing memiliki irama yang sama dengan dzikir kalimah Allah.

Kisah Teladan dari Seekor Kucing

Salah satu cerita yang cukup mahsyur yaitu tentang seekor kucing peliharaan yang dipercaya oleh seorang pria, untuk menjaga anaknya yang masih bayi dikala ia pergi selama beberapa saat. Bagaikan prajurit yang mengawal tuannya, kucing itu tak hentinya berjaga di sekitar sang bayi. Tak lama kemudian melintaslah ular berbisa yang sangat berbahaya di dekat si bayi mungil tersebut. Kucing itu dengan sigapnya menyerang ular itu hingga mati dengan darah yang berceceran.

Sorenya ketika si pria pulang, ia kaget melihat begitu banyak darah di kasur bayinya. Prasangkanya berbisik, si kucing telah membunuh anak kesayangannya! Tak ayal lagi, ia mengambil pisau dan memenggal leher kucing yang tak berdosa itu.

Tak lama kemudian, ia kaget begitu melihat anaknya terbangun, dengan bangkai ular yang telah tercabik di belakang punggung anaknya. melihat itu, si pria menangis dan menyesali perbuatannya setelah menyadari bahwa ia telah membunuh kucing peliharaannya yang telah bertaruh nyawa menjaga keselamatan anaknya. Kisah ini menjadi refleksi bagi masyarakat islam di timur tengah untuk tidak berburuk sangka kepada siapapun.

Hukum Membunuh Kucing

Tahukah anda bahwa Nabi Muhammad saw juga membela kucing?
Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra. Bahwa Rasulullah SAW, bersabda:
Seorang wanita disiksa karena mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka karenanya, yaitu karena ketika mengurungnya ia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana ia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah. (Shahih Muslim No.4160)

Dan dalam syariat Islam, seorang muslim diperintahkan untuk tidak menyakiti atau bahkan membunuh kucing, berdasarkan hadits shahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari kisah Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah.

Manfaat Kucing di Dunia Ilmu Pengetahuan

Salah satu kitab terkenal yang ditulis oleh cendikia muslim tempo dulu adalah kitab hayat al hayaawan yang telah menjadi inspirasi bagi perkembangan dunia zoologi saat ini. Salah satu isinya mengenai ilmu medis, banyak para dokter muslim tempo dulu yang menjadikan kucing sebagai terapi medis untuk penyembuhan tulang, melalui dengkuran suaranya yang setara dengan gelombang sebesar 50 hertz. Dengkuran tersebut menjadi frekuensi optimal dalam menstimulasi pemulihan tulang.

Tak hanya ilmu pengetahuan, bangsa barat juga banyak membawa berbagai jenis kucing dari timur tengah, hingga akhirnya kepunahan kucing akibat mitos alat sihir di barat dapat terselamatkan.

Kisah Kucing Palestina Yang Dipenjara di Sel Khusus Israel : Kucing "Muqawwamah"
Jika boleh iri, kaum muslimin mungkin harus iri kepada kucing Palestina. Pasalnya, ditengah ketidakmampuan kita ikut membela saudara-saudara kita di Palestina yang kini sedang berjuang mempertahankan Masjidil Aqsha dari ancaman israel, justru seekor kucing tampil sebagai pahlawan. Kucing itu dinilai zionis-israel dapat membangkitkan perlawanan (muqawwamah).

Sebagaimana dikutip dari votreesprit.wordpress.com, zionis-israel telah memenjarakan seekor kucing Palestina. Kucing ini dinilai menjadi penghubung di sel isolasi di kamp tahanan pejuang-pejuang Palestina di Negev. Menurut pejabat israel, kucing tersebut membantu para tahanan dengan membawa barang-barang ringan seperti surat, roti dan lainnya dari satu sel ke sel lain. Peran itu dimainkan si kucing selama berbulan-bulan, sebelum akhirnya ketahuan.

Penjaga penjara Negev lalu menjebloskan kucing itu ke dalam sel khusus. Nah, siapa bersedia menjenguk kucing yang pintar ini? Adakah kira-kira pengacara dermawan yang akan membelanya?

Pembaca, itulah beberapa Kisah Keistimewaan Kucing dalam Sejarah Islam yang dapat kami share, semoga bermanfaat.

Senin, 18 April 2016

Ingin Menjadi Manusia Yang Ideal

Ingin Menjadi Manusia Yang Ideal

KITA ketahui bersama bahwa tujuan diciptakannya manusia adalah untuk beribadah kepada Allah. Dan manusia ideal tentu saja yang mampu merealisasikan tujuan penciptaannya. Ia menjalankan yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi larangan-larangan-Nya.

Manusia ideal adalah yang baik terhadap Allah dan terhadap manusia. Kriteria ini masuk dalam kriteria orang shalih.

Ibnu Hajar berkata, �Shalih sendiri berarti,

�Orang yang menjalankan kewajiban terhadap Allah dan kewajiban terhadap sesama hamba Allah. Kedudukan shalih pun bertingkat-tingkat� (Fath Al-Bari, 2: 314).

Karena Rasul tidak hanya diutus untuk membetulkan ibadah, namun juga mengajarkan akhlak sesama. Disebutkan dalam hadits, dari Abu Hurairah radhiyallahu �anhu, Nabi shallallahu �alaihi wa sallam bersabda,

�Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan baiknya akhlak.� (HR. Ahmad, 2: 381. Syaikh Syu�aib Al-Arnauth mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Semoga Allah mampukan kita untuk menjadi manusia yang ideal dan shalih. Yang tak pernah melupakan tujuan utamanya diciptakan dan diturunkan ke muka bumi ini. Wallahu �alam.

Sumber islampos